+Follow me or go Home ?
NurMaisarah


All rights reserved ® Nur Maisarah❤
Page 32 of 365. 1st February 2013.
سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum February. Alhamdulillah ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya. Rezeki-Nya. & juga peluang untuk terus hidup dimuka bumi yang tidak akan kekal ini. Kita berada diakhir zaman. Kitalah umat Nabi Muhammad SAW yang terakhir. Yang akan memajukan Islam ke arah yang lebih tinggi. Insya Allah. 

Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai. To much memories. To much loves. Friends. Teachers. Beloved. Saya bersyukur kerana masih boleh menimba ilmu Allah SWT yang sangat besar. Allah Rahman. Allah Rahim. Ya Allah, sesungguhnya hidupku matiku hanya untuk Mu. Semoga hamba dapat menjadi seorang muslimah sejati. Seraya dengan doaku, niatku, perbuatanku, jauhilah hamba dari golongan orang-orang munafik. Semoga hamba Doa, Buat, Berubah. Insya Allah. Ya Allah, ilmu-Mu meliputi langit dan bumi.

Muhammad Izzat bin Abdul Rashid Hassan, dapatkah kita berubah untuk jadi yang lebih baik? Dapatkah kita membanggakan Ibubapa kita? Dapatkah kita melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam dengan sempurna? Subhanallah. Ya Allah, hamba memohon kepada-Mu. Restuilah hubungan ini. Jarakkan diri kami.  Bangunkan diri kami jika kami terleka. Kami amat memerlukan pertolongan-Mu. 

Berdoa saja tiada guna sebab itu sekarang saya kena buat. Saya kena lakukan. Saya kena berubah. Untuk mendapat keberkatan dari Allah SWT. Susah sebenarnya kalau kita diperhati ramai. Ada yang tak puas hati. Ada yang ambil berat. & ada juga manusia yang menilai seseorang dari masa lampaunya. Itu sangat tidak adil. Sekurang-kurangnya nasihatlah diri ini. Jangan cakap belakang. Itu lebih elok bukan? Diri ini juga tidak sempurna. Masih mecari keredhaan dari Allah SWT. Tapi bukan hak awak semua untuk menilai orang dari masa lampaunya. Bukan. Awak salah. 

Manusia dari masa lampau tidak sama dengan manusia sekarang. Jika dulu kita tersasar jalan, semoga Allah SWT tunjukkan jalan-Nya yang penuh dengan keberkatan. Insya Allah. Bukan maksud saya disini untuk berlagak alim, diri ini terlalu banyak dengan dosa. Terleka dengan hal dunia yang tidak akan kekal buat selama-lamanya. Itu kita harus ingat. Saya juga sedang berusaha untuk mencapai target agar jadi seorang muslimah yang sejati. Saya mengaku saya tidak berusaha dengan 100%. Sungguh saya cakap. Saya juga sering terleka.

Sesungguhnya kerja yang kerap tetapi sedikit adalah lebih baik daripada tidak melakukan sebarang pekerjaan langsung. Itu yang dinamakan berIstiqomah. Terus-menerus tanpa ada niat untuk berhenti. Berubah sedikit demi sedikit. Jangan kita tidak berubah langsung. Saya bukan masunia sempurna. Saya ulang, saya bukan manusia sempurna. Orang nak nilai tu harus berpada-pada. Dan untuk diri saya harus banyakkan berdoa agar terus bersabar & terus bersabar. Insya Allah. 

"Cakap pasal Islam, tapi masih buat dosa." Ayat ini saya akan terasa kerana memang masih banyak yang perlu diubahkan. Saya masih belum cukup ilmu didunia ini. 

Ya Allah, semoga Nur Maisarah Bt Mohd Mukhlizam ini terus berusaha untuk berubah. Dan semoga dia terus tabah agar dia dapat jadi yang lebih baik daripada dulu. Amin Ya Rabbal Alamin. 
NurMaisarah'