The awkward Class ever :'(
سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
*Gambar tiada kaitan dengan post * Saya cuma suka tengok gambar rumah Allah SWT :') Kita bagaikan semut kecil di Tanah Suci sana. Terlalu ramai manusia dari pelosok dunia datang untuk mengerjakan Haji&Umrah. Subhanallah. Saya berdoa agar saya sempat kesana bersama keluarga. Insya Allah. Saya nak bawak keluarga saya pergi kesana. Ya Allah :')
Okay kembali ke topic asal hmm. Harini dah tahu kelas apa semua. Actually semalam dah tahu cuma tak masuk lagi. Saya dapat kelas 4 Dynamic! With Najwa, Huda, Dina, Lina, Tika, & ramai lagi lah. Alhamdulillah tidak merasa kesumbatan disitu. Yang kesiannya Leen lah. And guess what, our 'best' Principal had decided what we all gonna take this 2 years subject. Semua tak puas hati okay. Memang lah kan, budak C-E-R-D-I-K ambil kelas depan tapi agak ah takkan nak paksa ambil subjek yang kita tak gheti kan? Slow je fail haa. Haish takut jugak. Pasal masa depan tu DEAR PRINCIPAL. Pape pun all the best untuk batch kami tahun nie. Insya Allah.
Nur Maisarah as 'Penolong kelas'. & Muhammad Izzat as 'Ketua kelas'. Mereka semua sangat 'kejam' wakaka :'( Takut lah kan. Saya nak jarakkan diri dengan dia sebab tak nak terlalu rapat nanti jadi macam dulu. Tapi sekarang tengok lah. Sama kelas. Dia ketua. Saya penolong. Pengetua bakal ajar kelas 4 Dynamic Addmath. Kalau boleh taknak lah. Kalau lah someting happen. Ya Allah. permudahkan segalanya :'( Saya berniat untuk kesekolah cuma satu bahawa saya nak ambil berkat Allah SWT & menimba ilmu Allah SWT. Tu aje. Saya nak ubah diri saya. Saya tak nak macam dulu. Tolong doakan saya juga :'( Tapii, nak halang macam mana lagi? Sama kelas. Teruskan berdoa wahai diri, Insya Allah niat betul Allah SWT akan tolong. Amin.
See till the next post. Assalamualaikum.
NurMaisarah'